Terasa jiwa ini semakin hari semakin gundah tiada terkira....Apa yang terlintas dibuah fikiran ku tiada siapa yang mampu menafsirkannya,hanya Allah yang mampu...Kusut rasanya jiwa ini,terasa diri ini bagai dedaunan yang melayang ditiup angin sepoi bahasa dipersisiran pantai nan indah itu..........Namun,jasad ku bukan disitu,bukan pada tapak keindahan,,,kerana terbuai oleh kerusutan yang tidak mampu ku lepaskan......Aku punah tiada daya...bagai menafsir sebuah kiash tiada noktah..itulah hidup ku..itulah diri ku....Apa makna hidup ku??
kapan akan mampu ku jawab soalan itu.....Bagai air menaglir tiada terputus~putus....begitulah soalan demi soalan yang menjenguk kamar fikiran ku...Merusutkan aku....Apakah aku dijalan yang harus ku susuri...Atau aku tersasar sekian lama........Mungkin benar.....aku tersasar kejalan yang bukan matlamat bagi segenap jiwa ku ini....Tempat ku bukan disini,, impian ku bukan hanya termati bahasa hanya disini..Aku bukan diri ku yang sebenar......Siapa aku....Aku bertakhtakan nama yang tinggi darjatnya,indah nama ku....merangkumi segala nama~nama yang terindah seindah yang termampu.......Namun,,diriku masih terbuai mimpi...aku tidak setaraf bersama nama yang bertakhta ini.....Ketinggian nama itu belum mampu ku rajuti menjadi sebatian diri....Pernah aku hampir saja mencapai itu........Namun,panahan petir,tamparan ombak terus menerus menghalang,sehingga aku tertumpas....Ya,,aku telah tumpas untuk memerangi taktha ku,darjat diri ku,ketinggian hidupku didunia dan akhirat..........Aku masih terbuai nyaman....Pada zahir....pada batin...Aku bagai telah mendapat hukuman setimpal...setiap detik nadi berdenyut,aku mahu pulang kejalan dahulu,tempat asalku...Aku mahu bangun dari lena yang nyenyak,tidur yang nyaman...Aku mahu bangun dari jatuh ku....Aku mahu meraih darjat ketinggian nama indah ku itu...Aku mahu Menjadi pelita bagi yang lain..Menjadi panduaan manusia yang memerlukan....Namun,mampukah,sedangkan aku sendiri masih tergapai~gapai mencari Rahmat~Nya.......Nur~Nya.....
Saat mata ku pejam serapatnya,
hatiku berbicara pada hidupku..
apa amal yang aku lakukan...
apa ibadah yang telah aku lakukan...
cukupkah untuk menjadikan aku kekasih~Nya yang tinggi darjat disisi ~Nya.....
Saat segalanya tidak mampu ku jawab,,
air mata yang mengalir bagai darah dihati yang mengalir..
hatiku yang menangis...hati ku terpanah...Mengapa aku belum mampu menyakinkan diri ku...
Dimana aku kelak...Siapa aku yang akan mereka imbangi.........Aku..atau bukan aku...Aku dengan nama indah dan sulaman ibadah atau aku tdengan nama yang indah namun tiada guna untuk dimbangi kelak,....
getar hati tiada lagi mampu ku ungkapkan....
doaku belum mampu ku yakini ....
apa akan termakbul....
siapa aku untuk kenikmatan dihari bahagia kelak,..,.
layakkah aku membawa nama seindah nun jauh bintang di langit angkasa raya.....
Nama yang indah.....
Hanya satu yang ku mahu....
aku mahu pulang pada landasan Nya...
hanya mahu itu....
kerana dengan itu sahaja aku mampu memiliki takhta nama yang seindah Nur........
Ya Allah...
bantu aku...
pimpin aku...
hamba mu lemah.....
bantu aku...
aku mahu kembali pulang pada Mu......

No comments:
Post a Comment